CAS sahkan baru terima rayuan FAM

CAS sahkan baru terima rayuan FAM

CAS sahkan baru terima rayuan FAM
BANGUNAN CAS di Switzerland. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berada di persimpangan penting selepas The Court of Arbitration for Sport (CAS) mengesahkan menerima rayuan mereka terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), difailkan semalam.

Dalam e-mel rasmi pegawai komunikasi CAS, Vanessa Tracey kepada Arena metro, menjelaskan bahawa kedua-dua pihak kini sedang bertukar dokumen bertulis mengikut peraturan prosedur CAS.

“Fasa pertukaran dokumen ini adalah sebahagian daripada prosedur biasa sebelum sebarang perbicaraan dijalankan.

“Selepas fasa ini, dan dengan persetujuan kedua-dua pihak, perbicaraan akan dijadualkan,” katanya.

Situasi terbabit sekali gus memasuki babak seterusnya membabitkan isu pemalsuan dokumen selain itu menimbulkan harapan dan tanda tanya, sambil menunggu keputusan yang bakal memberi impak kepada pasukan kebangsaan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Selain itu, CAS turut menekankan bahawa semua jadual perbicaraan akan dikemas kini secara berkala di laman rasmi mereka bagi memastikan perkembangan dapat diikuti oleh semua pihak berkepentingan.

Rayuan FAM terhadap FIFA ini dibuat sebagai langkah rasmi untuk mempertahankan kepentingan pasukan dan pemain negara, menurut kenyataan sebelum ini dari pihak FAM.

Terdahulu, FAM mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan FIFA.

Rayuan itu turut membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang sebelum ini dikenakan tindakan oleh badan induk dunia itu.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, memaklumkan proses rayuan kini memasuki fasa baharu selepas dokumen rasmi dihantar kepada CAS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara


Menurut Yusoff, CAS menetapkan tempoh 10 hari untuk pasukan peguam yang mewakili badan induk itu mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

Tarikh akhir penghantaran hujahan ditetapkan pada 18 Disember 2025, sekali gus menjadi penanda aras penting dalam perjalanan kes itu.

Mengikut rekod, sebelum ini Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan yang dikemukakan FAM dan tujuh pemain warisan selepas meneliti keseluruhan bukti serta hujahan dalam prosiding berkaitan kes pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Dalam keputusan bertulis yang dikeluarkan, badan itu menegaskan bahawa kes berkenaan adalah pelanggaran serius di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), sekali gus mengekalkan semua hukuman yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Hukuman terhadap FAM iaitu denda sebanyak CHF350,000 (RM1.9 juta) dikekalkan sepenuhnya, sementara tujuh pemain terbabit turut mengekalkan hukuman masing-masing termasuk denda CHF2,000 (RM10,000) serta penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

CAS sahkan baru terima rayuan FAM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker