30 cedera di Jepun, jalan raya merekah
30 cedera di Jepun, jalan raya merekah

TOKYO – Gempa bumi kuat yang menggegarkan perairan Jepun mencederakan sekurang-kurangnya 30 orang, kata pihak berkuasa hari ini, dengan banyak jalan raya rosak, manakala beribu-ribu orang terputus bekalan elektrik ketika suhu berada pada takat beku.
Agensi Meteorologi Jepun(JMA) berkata, gempa bermagnitud 7.5 itu berlaku pukul 11.15 malam (waktu tempatan) semalam.
Perdana Menteri Sanae Takaichi berkata, 30 orang cedera dalam gempa yang berpusat di luar pantai wilayah Aomori, utara Jepun itu. Gegaran katanya, mencetuskan gelombang tsunami setinggi 70 sentimeter.
Penjawat awam di Hashikami, Pulau Honshu, Daiki Shimohata, 33,memberitahu AFP bahawa dia dan keluarganya bergegas keluar dari rumah mereka.
“Gegaran itu adalah sesuatu yang tidak pernah kami alami. Ia berlangsung selama 20 saat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
“Kami memeluk erat anak-anak kami. Gegaran itu mengingatkan saya kepada bencana (pada 2011),” katanya melalui panggilan telefon
Seorang penduduk cedera parah di pulau utama , Hokkaido, demikian menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.
Rakaman video menunjukkan orang ramai di pasar raya berpaut pada meja ketika barang-barang jatuh daripada rak, manakala jalan-jalan raya merekah dengan sekurang-kurangnya sebuah kereta jatuh ke dalam lubang.
Di tempat lain, serpihan kaca pecah dari tingkap bertaburan di jalan raya dan kaki lima.
Laporan awal menyatakan, beberapa kebakaran berlaku tetapi jurucakap kerajaan Minoru Kihara kemudian berkata, hanya satu kebakaran disahkan berlaku di sebuah rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Di Hokkaido, wartawan AFP berkata, tanah bergegar dengan kuat kira-kira 30 saat apabila penggera telefon pintar memberi amaran kepada penduduk.
Di bandar Hachinohe, gempa itu melebihi tahap enam pada skala gegaran Shindo, yang mana adalah mustahil untuk bergerak tanpa merangkak.
Ketika suhu mencecah 0 darjah Celsius, sekitar 2,700 rumah terputus bekalan elektrik tetapi menjelang pagi ini, bekalan elektrik di kebanyakan kawasan telah dipulihkan, demikian menurut penyedia utiliti.
Pada mulanya, JMA memberi amaran tsunami setinggi 3 meter (10 kaki) mungkin berlaku dan boleh menyebabkan kerosakan besar.
Kira-kira 28,000 orang dinasihatkan untuk berpindah selepas gempa berlaku, kata perkhidmatan kecemasan, manakala media tempatan melaporkan, sebilangan tempat perlindungan sementara penuh.
Bagaimanapun akhirnya, tsunami setinggi cuma 70 sentimeter direkodkan. Amaran tsunami ditarik balik selepas beberapa jam.
Tiada kerosakan dikesan pada loji nuklear Higashidori atau Onagawa, kata pengendali Tohoku Electric Power.
JMA memberi amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati terhadap gempa susulan dengan kekuatan sama selama kira-kira seminggu.
Pada 2011, gempa bumi sangat kuat bermagnitud 9.0 mencetuskan tsunami yang menyebabkan 18,500 orang terkorban atau hilang serta menyebabkan kebocoran teruk pada loji nuklear Fukushima.
Jepun memiliki sekitar 125 juta penduduk dan mengalami sekitar 1,500 gegaran setiap tahun. – AFP
30 cedera di Jepun, jalan raya merekah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.