2 pemandu cedera, 10 penumpang bas terselamat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jasin

2 pemandu cedera, 10 penumpang bas terselamat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jasin

2 pemandu cedera, 10 penumpang bas terselamat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jasin
Lori dan bas yang terbabit dalam kemalangan di di Kilometer 183.2 Lebuh Raya Utara–Selatan menghala ke utara, berhampiran Jasin tengah hari tadi.

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres dan seorang pemandu lori cedera, manakala 10 penumpang terselamat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 183.2 Lebuh Raya Utara–Selatan menghala ke utara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superitendan Lee Robert berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu kira-kira 1.45 tengah hari tadi melibatkan sebuah lori membawa muatan dedak dari arah Bukit Gambir, Johor menghala ke Alor Gajah, dan bas ekspres membawa 10 penumpang dari arah Larkin, Johor menghala ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 69 tahun itu sedang bergerak lurus di lorong kiri dan tidak perasan bas ekspres dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di lorong sama sedang bergerak perlahan sebelum melanggar belakang bas berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu lori tersebut mengalami luka di kepala serta tangan, manakala pemandu bas pula mengalami sakit kaki dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil


Lee berkata semua 10 penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain.

Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Marwan Shafiq Mohd Latfi menerusi talian 011-11127533 atau kaunter trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin 06-5292222 (sambungan 260).

2 pemandu cedera, 10 penumpang bas terselamat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jasin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker