Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Seminar Perancangan Hala Tuju (SPHT) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2026 merupakan sebuah sesi penting bagi merangka agenda dan keutamaan sektor pendidikan tinggi untuk tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Dr Zambry turut hadir dalam sesi perbincangan dan menyampaikan sedikit perkongsian pada majlis tersebut, yang diadakan sejak Jumaat hingga semalam.
“Sebagai kementerian yang memikul amanah besar, kita memulakan proses perancangan lebih awal melalui bengkel dan sesi penyelarasan komprehensif, bagi memastikan hala tuju KPT 2026 dirangka secara lebih tersusun, menyeluruh serta berpaksikan realiti semasa.
“Dalam sesi ini juga, kita menilai semula pencapaian sepanjang 2025, memahami cabaran yang dihadapi, serta mengenal pasti ruang baharu untuk diperkukuh dan diterokai.
“Kita juga mengambil kira input daripada pelbagai pihak sama ada institusi, industri, pelajar, komuniti akademik dan rakan strategik kerana ekosistem pendidikan tinggi hanya dapat berkembang apabila semua pandangan ini diberi ruang dan dihargai,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Seterusnya, ujar Dr Zambry, beliau selalu menyatakan bahawa KPT sentiasa bersikap terbuka menerima apa sahaja pandangan, komen dan cadangan yang membina demi memperkukuh dasar, program dan pelaksanaan kementerian.

“Setiap suara, sekecil apa pun, adalah sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan yang akan membantu kita.
“Saya amat menghargai komitmen seluruh warga KPT yang hadir dan terlibat secara aktif dalam usaha penyelarasan ini. Seperti yang saya nyatakan sejak dari awal apabila masuk ke KPT, kerja secara berpasukan akan melonjakkan lagi keberhasilan kepada pendidikan tinggi yang ingin kita tonjolkan.
“Proses pengendalian isu yang seringkali dibangkitkan, cabaran semasa berdasarkan perubahan teknologi dan zaman serta apa yang lebih penting ialah segala perancangan kita di atas kertas dapat diterjemah kepada pelaksanaan yang tepat dan memberi impak menyeluruh terutamanya kepada rakyat dan negara,” katanya.
Justeru itu, Dr Zambry percaya, tahun hadapan KPT akan mampu melakukan lebih baik kepada ekosistem pendidikan tinggi negara sekaligus membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan. – UMNO ONLINE
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.