Remaja maut kereta terbabas di Lebuh SPA
Remaja maut kereta terbabas di Lebuh SPA

ALOR GAJAH: Remaja lelaki berusia 22 tahun maut selepas kereta Proton Satria dipandunya terbabas di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Alor Gajah (SPA), berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dalam perjalanan menuju ke Gangsa sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan memasuki kawasan semak.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan.
“Mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina di talian 011-25435507 atau melapor di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, satu klip video selama 10 saat dari kamera papan pemuka kenderaan tular di media sosial dan dikaitkan dengan kemalangan itu.
Rakaman berkenaan memaparkan beberapa kenderaan dipandu laju di lorong kanan sebelum kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
Remaja maut kereta terbabas di Lebuh SPA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.