Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukanlah bersifat sementara malah ia merupakan satu komitmen berterusan untuk memperkukuhkan institusi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina memaklumkan beliau telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.
“Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dapat sambutan menggalakkan daripada rakyat!
“Saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Ahad, 7 Disember 2025 dengan kehadiran lebih dari 300,000 orang pengunjung sepanjang tiga hari program – melebihi jangkaan asal.
“Program ini bukan sekadar ruang imbauan tiga tahun Kerajaan Madani mentadbir negara, tetapi lebih dari itu. Ia merupakan wadah yang menyatukan rakyat untuk menilai perjalanan, pencapaian dan hala tuju Kerajaan Madani,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan terus berusaha untuk mendengar denyut nadi rakyat di samping memastikan setiap dasar yang digubal memberi kesan nyata kepada kehidupan seharian mereka.

“Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa tempoh tiga tahun ini telah menjadi fasa penting pembinaan semula negara berasaskan nilai Malaysia Madani — keadilan, keterangkuman, kemampanan dan kesejahteraan.
“Reformasi yang dilaksanakan bukan bersifat sementara, sebaliknya satu komitmen berterusan untuk memperkukuh institusi, menstabilkan ekonomi rakyat dan memperkemas tadbir urus negara dengan integriti serta akauntabiliti.
“Kerajaan Madani akan terus melangkah ke hadapan, mendengar denyut nadi, pandangan, kritikan dan harapan rakyat di samping memastikan setiap dasar digubal memberi kesan langsung juga nyata kepada kehidupan seharian, demi masa depan Malaysia yang lebih adil, makmur serta berdaya tahan untuk semua,” katanya lagi. – UMNO Online
Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukanlah bersifat sementara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.