Penduduk Bukit Bangkong bimbang, harimau disyaki serang ternakan
Penduduk Bukit Bangkong bimbang, harimau disyaki serang ternakan

IPOH: Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor dekat sini bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lalu.
Pengerusi Persatuan Pengindahan Alam Sekitar Bukit Bangkong, Lee Jun Man, 33, yang tinggal di kawasan itu juga berkata sepanjang hampir 30 tahun, penduduk tidak pernah menerima sebarang laporan atau kejadian orang ramai terlihat kelibat harimau.
“Kami amat terkejut dan takut apabila polis memaklumkan serangan terhadap ternakan di ladang berhampiran kerana belum pernah kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini.
“Beberapa hari sebelum kejadian, ada penduduk yang mendakwa terdengar bunyi seperti ngauman haiwan liar, tetapi siasatan awal menunjukkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan bunyi itu dengan harimau,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini semalam.
Bagaimanapun, Lee menasihati penduduk supaya mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan semak atau ladang secara bersendirian, terutamanya pada waktu senja atau malam, dan melaporkan sebarang petunjuk kehadiran hidupan liar kepada pihak berkuasa dengan segera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Sementara itu, penternak lembu terbabit Abdul Rahman Sahul Hamid, 41, berkata dia menyedari tujuh ekor lembu hilang ketika dia tiba di kandang untuk melakukan rutin pemeriksaan pada petang Jumaat, selain ternakan lain dilihat seolah-olah ketakutan dan menjauhkan diri daripadanya.

“Selepas mencari di sekeliling ladang, saya terkejut apabila menjumpai seekor lembu mati di belakang ladang dengan kesan cakaran pada badan dan kecederaan pada tengkuk.
“Kemudian, saya terjumpa seekor lagi lembu telah mati pada jarak 200 meter dari kandang, lalu saya membuat laporan di Balai Polis Tanah Hitam,” katanya.
Abdul Rahman berkata kejadian itu adalah yang pertama membabitkan serangan harimau sejak mengusahakan penternakan lembu kira-kira lapan tahun lalu dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan sepatutnya.
Bernama yang berpeluang meninjau lokasi kejadian bersama dengan polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menemukan kesan tapak kaki harimau yang baharu di sekitar kawasan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
PERHILITAN juga melakukan pemeriksaan terhadap kamera perangkap yang dipasang selain meneliti kedudukan lembu mati yang ditinggalkan untuk mengesan sekiranya berlaku pergerakan akibat diseret haiwan liar berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan kes itu, selain pemantauan akan diteruskan dan maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan demi memastikan kawalan risiko, keselamatan penduduk serta usaha pemuliharaan hidupan liar dapat dilaksanakan secara berkesan. – BERNAMA
Penduduk Bukit Bangkong bimbang, harimau disyaki serang ternakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.