Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
Hari Integriti Nasional dan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat Negeri Melaka di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil

MELAKA 7 Disember — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika hadir merasmikan Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil serta Hari Integriti Nasional dan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat Negeri Melaka di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah hari ini.
Hari pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil membuka tirai dengan penuh meriah di Dataran MBMB.
Majlis perasmian turut disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh , Ketua Menteri Melaka, bersama kehadiran exco kerajaan negeri yang turut memeriahkan acara.
Program pada hari ini digabungkan dengan Sambutan Hari Integriti Nasional dan Hari Anti Rasuah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, menawarkan pelbagai aktiviti untuk masyarakat, termasuk Jualan Rahmah, sukan rakyat, fun-run, pertandingan mewarna, pameran agensi kerajaan, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Terima kasih juga kepada MBMB, MPHTJ, MPAG, SPRM, serta pelbagai agensi lain atas kerjasama menjayakan program ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lebih 70 aktiviti dan program sepanjang WRUR berlangsung dari hari ini hingga 20 Disember 2025.
Jumpa di sana! Mana Lagi Melaka Ler !
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.