Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak rakan dengan bakakuk
Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak rakan dengan bakakuk

KENINGAU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan di halaman sebuah rumah di Jalan Kem PPH, di sini, semalam.
Dalam kejadian 8 pagi, mangsa berusia 14 tahun dikatakan bermain bersama seorang rakannya sebelum remaja itu secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter.
Mangsa yang rebah dengan 14 kesan tembakan pada badan dihantar ke Hospital Keningau oleh penduduk kampung, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Unit Kecemasan Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata siasatan awal mendapati rakan mangsa yang juga berusia 14 tahun ternampak mangsa memegang bakakuk di hadapan rumah sebelum meminta senjata berkenaan untuk bergurau.
“Ketika bermain sembunyi-sembunyi, mangsa bersembunyi di bawah kolong rumah sebelum suspek dipercayai tidak sengaja menarik picu senjata lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Suspek panik lalu meminta bantuan orang kampung yang kebetulan melintas sebelum mangsa dibawa ke hospital,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan doktor mendapati terdapat 14 kesan tembakan pada beberapa bahagian tubuh termasuk dada kanan, lengan kanan, lutut dan sisi kiri badan mangsa.
Menurutnya, siasatan mendapati senjata tersebut disorokkan seorang lagi remaja lelaki berusia 13 tahun, yang juga adik kepada suspek, sementara pemilik bakakuk berkenaan adalah bapa mereka, seorang warga emas berusia 70 tahun.
“Ketiga-tiga beranak ditahan untuk siasatan lanjut. Polis turut merampas bakakuk, peluru hidup, kelongsong peluru, pakaian suspek serta dua telefon bimbit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak rakan dengan bakakuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.