Palace tundukkan Fulham, lonjak tangga keempat EPL
Palace tundukkan Fulham, lonjak tangga keempat EPL

London: Crystal Palace merampas tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kebangkitan luar biasa mereka mencapai satu lagi kemuncak dengan kemenangan 2-1 ke atas Fulham, awal pagi tadi.
Marc Guehi menanduk masuk gol penentu pada minit-minit akhir di Craven Cottage sekali gus menghadiahkan skuad Oliver Glasner empat kemenangan dalam enam aksi terakhir liga.
Jaringan lewat pertahanan England itu mengangkat The Eagles mengatasi Chelsea dan Everton untuk berada dalam kelompok perebutan slot ke Liga Juara-Juara.
Selepas sekian lama menjadi pasukan bawahan bola sepak England, Palace kini menikmati era emas termasuk kejutan menjulang Piala FA musim lalu menewaskan Manchester City, serta kemenangan Perisai Komuniti menentang Liverpool pada awal musim ini.
UEFA, namun mereka mungkin berdepan lawan Eropah lebih ternama musim depan sekiranya cabaran empat teratas yang tidak disangka-sangka ini dapat diteruskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Palace membuka tirai jaringan pada minit ke-20 apabila hantaran Adam Wharton menemui Eddie Nketiah yang menyudahkan rembatan penyudah kemas menewaskan Bernd Leno.
Harry Wilson menyamakan kedudukan buat Fulham dengan jaringan cantik apabila melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Dean Henderson pada minit ke-38.
Emile Smith Rowe menyangka dia meletakkan Fulham di depan tetapi jaringan jarak dekatnya dibatalkan kerana ofsaid terhadap Samuel Chukwueze selepas semakan VAR.
Palace memanfaatkan detik itu untuk meraih kemenangan pada minit ke-87 apabila Guehi menanduk masuk padu susulan sepakan sudut melepasi Leno.
“Ia buat saya bangga kerana pasukan tidak mahu sekadar mempertahankan keputusan seri, kami mahu menang dan itu sebabnya kami berjaya mendapatkannya,” kata Glasner.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
“Jurang sentiasa kecil dalam setiap perlawanan Liga Perdana tetapi kami sentiasa mampu menjaringkan gol dan bertahan dengan baik.
“Ia satu usaha keras seluruh pasukan dan ia buat saya sangat bangga. Sebab itulah kami berada di kedudukan sekarang”.
Palace tundukkan Fulham, lonjak tangga keempat EPL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.