Masalah lampu limpah tak halang Selangor benam Penang 5-1

Masalah lampu limpah tak halang Selangor benam Penang 5-1

Masalah lampu limpah tak halang Selangor benam Penang 5-1
AKSI perlawanan membabitkan Penang FC dan Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya. -FOTO Bernama

Georgetown: Masalah lampu limpah tidak menghalang Selangor FC meraih kemenangan selesa, 5-1 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super yang berlangsung sebentar tadi.

Sebelum itu, perlawanan ditunda kira-kira 20 minit selepas lampu limpah di bahagian kanan yang padang berdepan masalah teknikal tidak menyala sepenuhnya sebelum aksi kembali bersambung pada minit ke-21.

Kapten Selangor, Faisal Halim membuka tirai jaringan di minit ke-26 hasil hantaran cantik Chrigor Moraes yang bijak membuka ruang sebelum pemain sayap lincah itu menyempurnakan rembatan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gawang, Ramdhan Ab Hamid.

Menuju penghujung babak pertama, permainan sekali lagi terhenti apabila kesemua empat tiang lampu limpah yang menghala ke padang terpadam menyebabkan stadium bergelap seketika kecuali lampu di bahagian bumbung tempat duduk penonton.

Namun, situasi itu tidak merencatkan momentum skuad Gergasi Merah yang terus agresif melakukan asakan dan menggandakan kelebihan menerusi pemain import Thailand, Picha Autra pada ke-50 masa tambahan babak pertama minit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Giliran Moraes menambah derita tuan rumah apabila dia tenang menyudahkan peluang hasil gerakan bermula daripada larian deras Faisal yang kemudiannya melakukan hantaran silang untuk menjadikan kedudukan 3-0 ketika masa tambahan itu.

Penang bangkit ketika 19 minit masa tambahan separuh masa pertama menerusi Tchetche Kipre yang bijak menggelecek bola dan memusingkan badannya hasil lorongan cantik OJ Porteria sebelum rembatan kencangnya menewaskan Sikh Izhan Nazrel buat kali pertama.

Namun, pelawat kembali menjarakkan jurang pada minit ke-59 apabila Moraes menjaringkan gol keempat Selangor susulan kesilapan hantaran ke belakang oleh barisan pertahanan Penang kepada penjaga gawang mereka menjadikan kedudukan 4-1.

Faisal nyaris mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-77 selepas melakukan larian solo dan melepaskan rembatan kencang tepat ke arah gawang lawan tetapi jaringan itu tidak dikira selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia berada pada kedudukan ofsaid.

Namun, Moraes menutup kisah di Stadium Bandaraya dengan mencipta hatrik pada minit ke-79 selepas melakukan larian deras ke tengah padang dan melepaskan rembatan kencang, sekali gus mengesahkan kemenangan Selangor FC 5-1.

Masalah lampu limpah tak halang Selangor benam Penang 5-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker