Lelaki maut dihempap mesin cerucuk
Lelaki maut dihempap mesin cerucuk

KUCHING: Lelaki maut selepas kenderaan dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Jalan Long Tumas, Lawas di utara Sarawak, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.55 petang.
Beliau berkata, sebaik jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas tiba di lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai pada jam 5.03 petang, terdapat sebuah mesin cerucuk menghempap sebuah pikap Mitsubishi Triton dan seorang mangsa masih tersepit di dalam kenderaan itu.
“Mangsa yang dikenali sebagai Bili Muli, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Pasukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Lelaki maut dihempap mesin cerucuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.