Lelaki ditahan polis cuba ugut jiran dengan pistol direman 7 hari

Lelaki ditahan polis cuba ugut jiran dengan pistol direman 7 hari

Lelaki ditahan polis cuba ugut jiran dengan pistol direman 7 hari
Lelaki yang didakwa mengacukan pistol ke arah jirannya diperintah reman tujuh hari bermula hari ini. NSTP/WAN NABIL NASIR.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana memarahi jiran dengan mengacukan pistol dalam pergaduhan di kawasan rumah mereka di Bandar Laguna Merbok, semalam, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mengesahkan perkara itu dan suspek direman bermula hari ini hingga 14 Disember ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah ketamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki yang memarahi jirannya pagi semalam dengan mengacukan senjata api ketika berlaku pergaduhan di kawasan rumah mereka di Bandar Laguna Merbok, ditahan polis.

Polis menerima panggilan seorang wanita warga emas pada jam 8.45 pagi semalam memaklumkan dia diugut seorang lelaki bersenjatakan pistol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda terus ke lokasi dan menahan suspek.

Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki ditahan polis cuba ugut jiran dengan pistol direman 7 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker