Lapan cedera 2 kereta bertembung, terbakar di Bukit Kelawat
Lapan cedera 2 kereta bertembung, terbakar di Bukit Kelawat

KOTA BELUD: Lapan cedera selepas dua kenderaan dinaiki mereka bertembung sebelum terbakar dalam kemalangan di Bukit Kelawat, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Proton Saga VVT yang dinaiki tujuh individu termasuk empat kanak-kanak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.33 malam.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Kemalangan mengakibatkan Perodua Myvi terbakar sepenuhnya dan semua mangsa dikeluarkan daripada kereta oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan aliran salur bantu mula dari sumber air jentera dan pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Elgie berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu Perodua Myvi cedera di bahu, manakala tujuh lagi mangsa di kenderaan Proton Saga VVT turut mengalami pelbagai kecederaan.
“Lima mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud oleh orang awam, manakala dua lagi mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud oleh Jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.53 tengah malam,” katanya.
Elgie berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu Perodua Myvi cedera di bahu, manakala tujuh lagi mangsa di kenderaan Proton Saga VVT turut mengalami pelbagai kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
“Lima mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud oleh orang awam, manakala dua lagi mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud oleh Jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.53 tengah malam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.