Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan

Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan

Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan e-Sukan sebagai industri masa depan yang dilihat berpotensi untuk memberi manfaat dalam pelbagai bidang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sehingga membolehkan Malaysia muncul sebagai juara Grand Final World Esports Championship (WEC) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2025.

 

“Malam tadi, Kuala Lumpur bergema dengan sorakan yang luar biasa. Saya sendiri dapat merasakan semangat ribuan anak muda yang hadir dan alhamdulillah, kita semua menjadi saksi saat bersejarah apabila Malaysia muncul juara Grand Final WEC MLBB 2025.

“Bukan sekali, tetapi ‘back-to-back champions’! Kemenangan bersih 3-0 ke atas Kemboja membuktikan bahawa anak-anak muda kita sememangnya berada pada kelas dunia.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pegawai pasukan dan barisan sokongan. Kemenangan ini bukan sekadar mengangkat nama Malaysia di pentas dunia, tetapi membuktikan bahawa bakat e-Sukan kita setanding pencabar global,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kejayaan penganjuran WEC 2025 juga membuktikan bahawa Malaysia mampu menganjurkan kejohanan bertaraf dunia.

“Sebagai tuan rumah WEC 2025, Malaysia sekali lagi menunjukkan kemampuan menganjurkan kejohanan bertaraf dunia. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF),

Kementerian Belia dan Sukan (KBS), International e-Sport Federation (IESF), para penggiat industri dan komuniti e-Sukan yang menjadikan acara ini begitu luar biasa.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan e-Sukan sebagai industri masa depan yang mampu membuka peluang kerjaya, membina ekonomi digital dan melahirkan lebih ramai wira negara.

“Tahniah Malaysia! Kita juara dunia sekali lagi!” katanya lagi.

 

Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan

Pada Isnin media melaporkan Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi kejohanan itu pada perlawanan akhir MLBB di Quill City Mall, malam tadi.

Pasukan Malaysia dibarisi oleh Hazziq ‘Stormie’ Rizwan, Idreen ‘Momo’ Jamal, Muhammad ‘Yums’ Suhairi, Muhammad ‘Sekysss’ Zaman dan Ealton ‘loleal’ Rayner.

Terdahulu, Pasukan MLBB Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada tahun lalu.

Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan ‘Gold Laner’ pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz). – UMNO Online

Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker