Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]
‘Hanya Rumput Hijau Yang Indah’’
Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]
![Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/maxresdefault.jpg)
@anuarngah1979
Pemandangan itu mencetuskan pelbagai rasa dalam kalangan warganet. Sayu, insaf dan penuh hormat pada kesederhanaan yang ditinggalkan oleh tokoh seni sebesar beliau.
Dalam ruangan komen, seorang pengguna tampil mengesahkan keadaan tersebut:
“Ini memang kubur Arwah… saya selalu pergi ziarah kubur Arwah bapa saya selang 2 kubur je… makin lama memang nampak dah rata… mula-mula anak dia atau tak tahu siapa ada tulis atas kertas manila kad nama Arwah besar dia tulis, just letak atas kubur… lama-lama dah tak ada saya tengok…”
![Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-07-at-3.41.27-PM.png)
Komen lain pula menyebut amanat arwah sendiri:
“Setahu saya arwah memang dah pesan pada anak dia jangan buat apa-apa atau letak apa-apa di atas kubur dia… cukup yang tahu, tahulah…”
![Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-07-at-3.42.14-PM.png)
Ada juga warganet yang berkongsi sudut pandang agama:
“Ada beberapa ulama memang tak berapa setuju sangat buat sebarang binaan atas kubur ni… wallahualam…”
Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia kerana komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis).
Melihat keadaan pusara yang begitu sederhana, ramai peminat meluahkan rasa hormat terhadap peribadi Sharifah Aini yang dikenali penuh kelembutan serta tawaduk sepanjang hayatnya. Meskipun jasadnya telah lama pergi, legasi suaranya masih hidup di hati rakyat Malaysia.
Dan mungkin… dalam kesunyian pusara yang tanpa hiasan itu, terselit satu pesan: akhirnya, kita kembali kepada Allah dalam keadaan paling sederhana.
Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- #GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu
- Kerajaan Akan Terus Sokong Pertumbuhan Industri e-Sukan
- Reformasi Bukan Bersifat Sementara… Komitmen Berterusan Kerajaan Perkukuh Institusi
-
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 Rangka Agenda, Keutamaan Sektor Pendidikan Tinggi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil
You must be logged in to post a comment.