#GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu

#GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu

#GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memenuhi agenda hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad lepas dengan mengadakan ziarah prihatin dan menyantuni masyarakat di Gerik.

Dalam perkongsian di Facebook, pada Sabtu, Dr Asyraf memulakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu bagi menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada 2,000 keluarga miskin dan B40 di kalangan penoreh getah dan orang kampung yang terkesan akibat musim tengkujuh.

 

Kemudian, beliau menghadiri beberapa majlis kenduri di Kg Baru Kuak Luar, Kg Lalang, dan Kg Corong Gerik.

“Sempat juga melakukan ziarah kasih di beberapa buah rumah di Kg Baru Kuak Luar, Kg Kledang dan kawasan sekitar bagi mendengar sendiri permasalahan, keadaan semasa dan keperluan penduduk kampung,” kata Dr Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Begitu juga Dr Asyraf mengambil kesempatan menyampaikan bantuan laptop kepada anak-anak Gerik yang susah namun berjaya melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan sebelah malamnya pula dengan acara santai bersama anak-anak muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Dalam kesibukan memenuhi pelbagai jemputan kenduri dan perjumpaan di Gerik, Dr Asyraf juga sempat bertemu dan bertanya khabar dengan anak angkatnya Nurain Fatihah yang kebetulan pulang bercuti dari UiTM Arau.

“Nurain Fatihah merupakan anak yatim piatu yang kami ambil sebagai anak angkat beberapa bulan lalu ketika menziarahi rumah datuknya di Kg Kerunai Gerik setelah mendapat tahu perkhabaran sedih bekas pelajar MRSM Gerik ini yang kehilangan kedua ibubapanya.

“Sempat menyampaikan sedikit belanja bulanan untuk Ain dan adiknya Nurain Farisya berserta laptop untuk kegunaan beliau di UiTM. Pesan saya agar mereka belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu sahaja boleh merubah kehidupan,” katanya.

Manakala pada Ahad, beliau meneruskan hari minggunya dengan solat Subuh berjemaah bersama penduduk tempatan di Surau Taman Temengor, Gerik.

#GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu

“Seusai solat, saya mengikuti brisk walk di Lapangan Terbang Gerik bersama penduduk tempatan. Satu aktiviti santai yang mengeratkan hubungan, bertegur sapa secara mesra serta menyemarakkan semangat hidup sihat dalam komuniti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


“Kemudian, saya menikmati sarapan pagi bersama kepimpinan UMNO Zon Gerik dan penduduk tempatan di kedai makan belakang Tanduk Rusa, Gerik,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau juga mengambil kesempatan untuk turun padang meneruskan ziarah prihatin ke rumah-rumah penduduk yang uzur, tidak sihat dan keluarga yang memerlukan bantuan, selain menunaikan tahnik kepada bayi yang baru lahir di sekitar Kg. Kerunai, Bandariang, Bersia Tengah, Kg. Perah dan Kg. Pahat Luar bagi mendengar sendiri denyut nadi rakyat serta memahami apa yang mereka hadapi di lapangan.

“Sebelah tengah hari pula, makan tengah hari bersama Persatuan Nelayan Darat Dangor Village, Kg. Bandariang. Saya teruja melihat permuafakatan persatuan nelayan ini yang berjaya membangunkan Dangor Village dengan begitu indah melalui inisiatif dan komitmen mereka sendiri demi kelangsungan ekonomi nelayan tempatan,” katanya.

Seterusnya, pada sebelah petang, beliau bersama ketua-ketua UMNO cawangan dalam DUN Temengor bagi sesi libat urus di Bangunan UMNO Bahagian Gerik, memastikan setiap gerak kerja tersusun dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Dalam kesempatan ini juga, kami menyampaikan lebih 2,000 bakul makanan yang akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan khususnya pada musim tengkujuh ini. Semoga bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang terkesan di sekitar Parlimen Gerik,” katanya. – UMNO ONLINE

 

#GerikDiHatiku: Dr Asyraf Ziarah Prihatin, Santuni Masyarakat Di Hujung Minggu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker