Dua remaja mengaku salah cederakan rakan sekolah
Dua remaja mengaku salah cederakan rakan sekolah

SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah pada bulan lalu.
Pengakuan itu direkodkan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap kedua-dua tertuduh di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 17 tahun di asrama sekolah kira-kira jam 12.04 tengah malam pada 24 November lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farah Azlinda Zahari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Disember depan bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum keputusan hukuman dibuat.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar lelaki ditemui pengsan dalam tandas asrama sebuah sekolah di sini dipercayai dipukul beramai-ramai..
Kejadian itu berlaku pada 24 November lalu, apabila mangsa dipercayai dipukul beberapa pelajar di asrama sekolah hingga dia mengalami lebam pada bahagian perut dan memerlukan rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata siasatan polis mendapati, kejadian berlaku dalam asrama sekolah berkenaan dan punca kejadian dipercayai akibat mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada seorang pelajar terbabit dan suspek kemudian mengajak tiga lagi rakannya mencari mangsa sehingga pergaduhan berlaku.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam kenyataan sebelum ini, berkata dua remaja terbabit sudah dibuang sekolah susulan kejadian itu.
Dua remaja mengaku salah cederakan rakan sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.