Arsenal terkena ‘sumpahan’ Emery, Martinez

Arsenal terkena ‘sumpahan’ Emery, Martinez

Arsenal terkena 'sumpahan' Emery, Martinez
ARSENAL terpaksa akur tewas kepada Villa diminit-minit terakhir. -FOTO AFP

Seolah ada badi atau karma yang tersurat setiap kali Arsenal menentang Aston Villa sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Semalam, sumpahan Aston Villa berulang lagi di Villa Park apabila tuan rumah meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menang 2-1.

Dengan kemenangan itu, Villa kekal di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala Arsenal kini dalam bahaya apabila hanya mendahului Manchester City dengan jurang dua mata.

Arsenal kini memungut 33 mata daripada 15 perlawanan dengan 10 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan, mengatasi City 31, Villa 30 dan Chelsea 25.

Mengapa Arsenal selalu ‘sakit’ apabila berdepan Villa? Banyak faktor dengan salah satunya peranan pengendali Villa, Unai Emery dan penjaga golnya, Emiliano Martinez.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Emery mungkin masih terasa kerana Arsenal tidak memberikan banyak masa kepadanya membina kelab itu selepas era gemilang Arsene Wenger dan memecatnya hanya semusim setengah iaitu pada 2019/2020.

Walhal dia membantu kelab itu muncul naib juara Liga Europa pada musim 2018/2019, selain dianggap antara jurulatih terbaik di Eropah termasuk kejayaan memimpin Sevilla sebagai juara hatrik Liga Europa tiga musim berturut-turut.

Pada masa sama, Arsenal boleh pula memberi kepercayaan penuh kepada penggantinya, Mikel Arteta yang sudah bertahan lebih enam musim bersama kelab utara London itu.

Apa istimewanya Arteta, dia masih.mentah dari segi pengalaman dan Arsenal baru kelab pertamanya selaku pengurus selepas menyinar sebagai pembantu jurulatih kepada Pep Guardiola di City.

Sejak Emery membimbing Villa, Arsenal hanya mampu menang dua kali dalam enam pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan, seri sekali dan kalah tiga sekali gus membuktikan kepakaran taktikal pengendali dari Sepanyol itu.

Martinez pula adalah bekas pemain Arsenal dari 2012 hingga 2020 dan pernah membantu kelab itu menjuarai Piala FA pada musim 2019/2020, tahun pertama Arteta bersama Arsenal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


Namun Arteta enggan memberi jaminan kepada Martinez bahawa dia ada penjaga gol utama kelab itu sebaliknya mahu melihat persaingan sihat dengan penjaga gol Jerman yang kini beraksi untuk Fulham, Bernd Leno.

Situasi terbabit menyebabkan penjaga gawang utama Argentina itu merajuk dan mengambil keputusan berhijrah ke Villa pada musim 2020/2021.

Secara kebetulan atau tidak, kedua-dua individu inilah yang berganding bahu menyebabkan bekas pasukan mereka rebah sekali gus menyaksikan perebutan mahkota EPL musim ini makin sengit.

Arsenal terkena ‘sumpahan’ Emery, Martinez

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker