Ahli Parlimen Padang Serai tiba di mahkamah untuk pertuduhan rasuah
Ahli Parlimen Padang Serai tiba di mahkamah untuk pertuduhan rasuah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan bersubahat rasuah.
Tiba di kompleks mahkamah sekitar jam 8 pagi, beliau yang berbaju biru dan berkot kelabu dilihat berbincang dengan peguamnya, N Surendran serta beberapa individu lain.
Kawalan keselamatan turut diperketatkan dengan kehadiran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kawasan kompleks mahkamah.
Pintu masuk utama mahkamah ditutup kepada orang awam dengan akses terhad kepada individu yang mempunyai urusan mahkamah.
Azman dan seorang ahli perniagaan dijangka menghadapi pertuduhan rasuah berkaitan projek fidlot yang dikaitkan dengan kerajaan Kedah, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Beliau akan dituduh di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM atas pertuduhan bersubahat dalam perbuatan rasuah.
Sementara itu, ahli perniagaan terbabit akan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) akta sama kerana meminta dan menerima rasuah.
Azman ditahan pada Jumaat lalu di Kedah sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Menurut sumber SPRM, siasatan yang bermula pada Februari lalu memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa beliau menerima kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak guna tanah bagi projek penternakan lembu tersebut.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen itu mempersoalkan tindakan SPRM menukar statusnya daripada saksi kepada tertuduh, menyifatkan langkah itu bermotifkan politik.
Azman berkata, beliau pertama kali dipanggil ke pejabat SPRM Kedah pada 25 Mac sebagai saksi untuk membantu siasatan berhubung projek penternakan lembu di bawah Kedah Agro.
Beliau kemudiannya dihubungi pada pagi Khamis lalu oleh seorang pegawai penyiasat SPRM dan diarahkan bertemu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh arah utara, sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur.
Menurut sumber SPRM, satu aduan telah dibuat pada 10 Februari dan kenyataan daripada 15 saksi telah direkodkan.
Ahli Parlimen Padang Serai tiba di mahkamah untuk pertuduhan rasuah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.