Pencuri ‘helmet’ dihukum cuci masjid sebulan

Pencuri ‘helmet’ dihukum cuci masjid sebulan

Pencuri ‘helmet’ dihukum cuci masjid sebulan
DR bersama mangsa di Mahkamah Daerah Pasuruan. – Istimewa

JAKARTA – Seorang pencuri di Pasuruan, wilayah Jawa Timur dikenakan hukuman membersihkan masjid selama sebulan selepas ditangkap mencuri topi keledar berharga 375,000 rupiah (RM93), lapor portal berita Dandapala Digital.

Kecurian berlaku sekitar pukul 7.15 pagi (waktu tempatan) di sebuah tempat letak kenderaan di Desa Purutrejo pada Ahad lalu.

Tangkapan itu dibuat selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tertuduh dikenali sebagai DR, mencuri topi keledar milik mangsa, RA dimuat naik di platform TikTok sehingga tular.

“Saya mencuri kerana saya mempunyai masalah kewangan dan memerlukan wang untuk membeli lampin anak saya,” kata tertuduh semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Pasuruan.

Situasi bertambah sayu apabila mangsa memaafkan tertuduh dan tidak menuntut sebarang pampasan.

Sebagai bimbingan pendidikan, hakim menjatuhkan hukuman membersihkan tempat ibadah awam setiap hari selama sebulan dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

“Saya berjanji akan melaksanakan kewajipan ini dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan mengulangi tindakan ini pada masa hadapan,” tambah DR. – AGENSI.

Pencuri ‘helmet’ dihukum cuci masjid sebulan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker