Menang atasi Laos, tonik hadapi Vietnam – Nafuzi
Menang atasi Laos, tonik hadapi Vietnam – Nafuzi

Bangkok: Ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) negara Mohd Nafuzi Zain menjangkakan pertembungan sukar menentang Vietnam pada Khamis depan (11 Dis) dalam saingan Sukan SEA 2025 di Thailand.
Nafuzi berkata pemainnya perlu kekal fokus dan membuat persiapan rapi, sambil menekankan bahawa Vietnam adalah juara pada edisi 2019 dan 2021.
“Seperti yang diketahui, Vietnam adalah pasukan yang kuat, terdiri daripada pemain pantas, berbakat dari segi teknikal, tenang dan matang. Kami perlu memberikan yang terbaik untuk mengalahkan mereka,” katanya pada sidang media selepas menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini.
Beliau menegaskan pasukan tidak boleh kecundang jika mahu menjuarai kumpulan dan melangkah ke peringkat seterusnya.
Namun, beliau berbangga dengan persembahan anak buahnya menentang Laos walaupun tanpa beberapa tonggak utama yang masih terikat dengan komitmen liga tempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Pemain yang masuk ke kejohanan ini sedar bahawa ini bukan barisan terkuat yang boleh kami turunkan, tetapi keserasian dan semangat berpasukan memberi keyakinan untuk beraksi.
“Kami gembira memenangi perlawanan pembukaan ini dan ia akan meningkatkan keyakinan menjelang pertembungan dengan Vietnam,” katanya.
Pertemuan dengan Vietnam di venue sama adalah perlawanan terakhir Kumpulan B yang dijangka menentukan juara kumpulan.
Sementara itu, ketua jurulatih Laos, Ha Hyeok-jun mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kemenangan meyakinkan itu, sambil mengakui pasukannya kekurangan dalam “semua aspek”.
“Pemain kami telah memberikan yang terbaik dari segi taktikal dan fizikal menentang Malaysia. Keputusan jaringan tidak mencerminkan persembahan mereka, tetapi mereka sudah cuba sebaik mungkin. Mereka masih muda dan saya fikir kami memerlukan lebih masa untuk membentuk mereka menjadi pasukan elit,” katanya.
Kumpulan B dianggotai Malaysia, Vietnam dan Laos. Kumpulan A pula menampilkan tuan rumah Thailand dan Timor-Leste, manakala Kumpulan C terdiri daripada juara bertahan Indonesia, Myanmar, Filipina dan Singapura.
Juara setiap kumpulan serta naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir.
Menang atasi Laos, tonik hadapi Vietnam – Nafuzi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.