Melaka raih kemenangan pertama tewaskan NSFC di Stadium Hang Jebat

Melaka raih kemenangan pertama tewaskan NSFC di Stadium Hang Jebat

AKSI MFC (merah) dan NSFC di Stadium Hang Jebat. -FOTO Nazri Abu Bakar
AKSI MFC (merah) dan NSFC di Stadium Hang Jebat. -FOTO Nazri Abu Bakar

Melaka: Melaka FC (MFC) menampilkan aksi ‘luar biasa’ selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Keputusan mengejutkan itu dibantu kecemerlangan penyerang import dari Brazil, Juan Douglas yang meledak dua jaringan untuk membenam hasrat NSFC mengintai kemenangan.

Amukan Jebat bermula hasil jaringan Douglas seawal minit ketiga menewaskan penjaga gol Mohd Azri Ghani.

Jaringan terhasil selepas sepakan gol Azri menuju tepat ke arah Douglas membolehkan penyerang terbabit membawa bola ke dalam kotak penalti sekali gus menolak masuk jaringan pertama mendahului pelawat.

Bagaimanapun pelawat dikejutkan lagi dengan kesungguhan tuan rumah untuk memastikan mereka meraih mata maksimum selepas Douglas sekali lagi meledak jaringan kedua peribadinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Gol pada minit ke-26 terbabit tercipta selepas hantaran jauh Umar Haqeem disambut Douglas bagi membolehkan MFC selesa mendahului sebelum memasuki babak kedua perlawanan.

Keputusan terbabit menamatkan penantian ketua jurulatih MFC, Datuk K Devan yang sabar menanti kemenangan pertama pada aksi kesembilan perlawanan dengan lebih manis tiga mata pertama diperolehi melonjak kedudukan pasukan itu ke tangga 10 liga.

Melaka raih kemenangan pertama tewaskan NSFC di Stadium Hang Jebat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker