Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur semalam merupakan genap Tarikh beliau menggenggam amanah menjawat jawatan itu dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, tempoh tiga tahun yang dilalui sarat dengan cabaran, penuh dengan pengalaman baharu dan bersyukur banyak pencapaian yang membawa makna kepada rakyat serta negara.
“Sepanjang tempoh ini, tumpuan saya hanyalah satu iaitu untuk memastikan setiap dasar, setiap keputusan dan setiap langkah kerja benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
“Daripada memperkukuh ekosistem pembangunan desa, mengangkat pendidikan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), memperkasa ekonomi bumiputera, mengembangkan industri halal, memodenkan pengurusan bencana sehingga menyantuni komuniti luar bandar di seluruh negara, semuanya digerakkan dengan iltizam bahawa tiada siapa harus tercicir dalam arus kemajuan negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menerusi satu entri di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Ulas Ahmad Zahid, segala pencapaian berkenaan tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu daripada seluruh jabatan yang beliau kemudi.
“Warga KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), agensi-agensi di bawahnya, rakan-rakan kementerian, kepimpinan negara dan pastinya rakyat Malaysia yang terus percaya kepada usaha yang sedang kita jalankan.
“Terima kasih atas kepercayaan dan doa yang tidak pernah putus,” katanya.
Seterusnya, Ahmad Zahid memberikan komitmen akan terus memikul amanah itu dengan penuh tanggungjawab.
“Perjalanan ini masih panjang dan masih banyak yang perlu kita jayakan bersama. Moga Allah SWT terus memandu langkah kita untuk memastikan Malaysia melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah dan Sejahtera,” katanya. – UMNO ONLINE
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
You must be logged in to post a comment.