Taktik sorok dadah, air ketum dalam tong ikan, sembunyikan di jeti nelayan

Taktik sorok dadah, air ketum dalam tong ikan, sembunyikan di jeti nelayan

Taktik sorok dadah, air ketum dalam tong ikan, sembunyikan di jeti nelayan

CHUKAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya merampas dadah pelbagai jenis, dianggarkan bernilai keseluruhan RM139,130 di sebuah jeti nelayan di sini.

Pengarahnya, Hasbollah Din, berkata rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan anggota Pasukan Unit Marin Cawangan Penguatkuasaan Kemaman pada jam 4.30 pagi, 23 September lalu.

“Dadah itu disembunyikan dalam tong ikan dalam sebuah bilik di jeti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara dadah dirampas disyaki heroin seberat 190 gram (g), 1,200 bijil pil kuda (120g), 2,099 pil ekstasi (813g) dan syabu (128g), selain air ketum dianggarkan 105 liter.

“Modus operasi suspek dalam kes ini adalah berselindung di tempat awam bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Dengan rampasan itu, kami percaya dapat mematahkan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di daerah ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Taktik sorok dadah, air ketum dalam tong ikan, sembunyikan di jeti nelayan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker