Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an yang disyaki terbabit curi motosikal di sekitar daerah ini, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tangkapan itu susulan pelaksanaan Op Lejang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Binjai.
Laporan pertama diterima pada 6 Ogos daripada seorang lelaki berusia 50-an yang melaporkan motosikalnya dicuri di hadapan rumah di Kampung Lubuk Pukul, di sini.
“Laporan kedua dibuat pada 5 September lalu oleh lelaki berusia 20-an yang kehilangan motosikal di hadapan rumahnya di Padang Kiat, Sering. Kes ketiga diterima pada 23 November lalu membabitkan seorang lelaki berusia 40-an yang mendapati motosikalnya hilang di kawasan letak motosikal PPR Kota Bharu, Jalan Kelachor. Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
Mohd Rosdi berkata, semua suspek ditahan semalam dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta direman selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut, termasuk kemungkinan wujud penglibatan rakan subahat atau kaitan dengan kes-kes lain.
Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.