Lalu laluan ditutup, guru dan pekerja kantin maut MPV jatuh gaung

Lalu laluan ditutup, guru dan pekerja kantin maut MPV jatuh gaung

Lalu laluan ditutup, guru dan pekerja kantin maut MPV jatuh gaung
MPV remuk selepas terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sg Gawi-Aring, Bukit Kawah, petang tadi. – Foto ihsan PDRM

KUALA BERANG: Guru dan pekerja kantin maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka naiki terhumban ke gaung sedalam 67 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sg Gawi-Aring, Bukit Kawah, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan yang turut membabitkan kematian pekerja kantin itu kira-kira jam 5.30 petang.

 

Katanya, guru yang maut dan pemandu kenderaan dikenal pasti sebagai Hassan Shazali, 52, bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir manakala pekerja kantin dari sekolah sama dikenali Suzaimah Che Azis, 34, dari Kampung Rahmat RKT Kesedar Lebir, Gua Musang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari arah Kuala Terengganu menghala ke arah Gua Musang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa melalui jalan yang sudah ditutup akibat kejadian tanah runtuh. Ini menyebabkan kenderaan mereka terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam kira-kira 67 meter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


“Kedua-dua mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Sharudin berkata kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke Forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lalu laluan ditutup, guru dan pekerja kantin maut MPV jatuh gaung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker