Kehadiran harimau di Bukit Bangkong, polis nasihat jangan hampiri kawasan hutan
Kehadiran harimau di Bukit Bangkong, polis nasihat jangan hampiri kawasan hutan

IPOH: Polis mengesahkan menerima laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, di Chemor, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata insiden itu dimaklumkan sekitar 6.30 petang oleh seorang lelaki yang menemui dua lembu miliknya mati dengan kesan gigitan manakala beberapa ternakan lain tidak dapat dikesan.
“Susulan laporan tersebut, anggota Balai Polis Tanah Hitam bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan serta penilaian awal.
“PERHILITAN turut memasang kamera perangkap sebagai langkah mengesan dan mengesahkan kehadiran harimau di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisam memaklumkan pemantauan akan diteruskan dan maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan demi memastikan kawalan risiko, keselamatan penduduk serta usaha pemuliharaan hidupan liar dapat dilaksanakan secara berkesan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi Balai Polis Tanah Hitam atau Perhilitan bagi membantu siasatan.
“Polis menasihatkan penduduk supaya berwaspada, tidak menghampiri kawasan hutan dan mengelakkan sebarang bentuk provokasi terhadap haiwan liar demi keselamatan komuniti,” katanya. – BERNAMA
Kehadiran harimau di Bukit Bangkong, polis nasihat jangan hampiri kawasan hutan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara
You must be logged in to post a comment.