Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah [VIDEO]
“Berhambur Air Liur”
Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah [VIDEO]

Bersempena dengan Jualan Hari Jadi 12.12, platform membeli-belah dalam talian Shopee memuat naik video iklannya di TikTok, memaparkan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi Bella Astillah dan pempengaruh Ammar Ahyan.
Video pendek berdurasi 52 saat itu telah mencuri perhatian ramai, apabila ketiga-tiga individu itu membuat cabaran memadamkan lilin paling banyak ketika menyebut “Shopee 12.12”.
Buat pertama kalinya, MURAI menonton video iklan tersebut sehingga habis kerana gelagat ketiga-tiga mereka dalam melakukan cabaran tersebut agak menghiburkan. Aliff, Bella dan Ammar nampak sangat struggle dalam mencuba untuk memadamkan lilin tersebut.
@shopeemy Kemeriahan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi semakin terasa 🤣 Jom sama-sama celebrate Birthday Shopee yang ke 10 dengan semua promosi hebat ni ! 🤑 Shopee Lagi Murah 50% Diskaun Harian 📦 Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum 🎥 Shopee Live 50% Diskaun Shopee Live Maraton #ShopeeMY1212 #ShopeeLagiMurah #ShopeeLagiCepat
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara Ammar cuba memadamkan lilin pada permulaan cabaran, kerana nampaknya dia kurang faham bagaimana cabaran itu dilakukan. Kemudian selepas diberitahu, Ammar tidak dapat memadamkan satu lilin, dan respons bapanya iaitu Datuk Seri Aliff telah mencuit hati ramai.
“Halah… Mulut besar alam, tapi tak boleh tiup. Apa barang”
![Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/3-3.webp)
Bukan itu sahaja, gelagat Bella yang mudah terhibur dalam menyelesaikan cabaran tersebut juga mencuri perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform Instagram dan TikTok meninggalkan pelbagai reaksi yang kelakar.
“Cute nya Bella. Datuk geram dengan Amayan tu lawak betul lah!
“Ngam betul nie tiga orang. Datuk Seri Aliff dan Bella memang serasi bekerjasama. Ketawa terus kita, happy.”
“Aku risau teran-teran keluar kentut.”
![Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/4-3.webp)
“Dia terpadam bukan sebab kena tiup angin, lebih kepada terpadam kena sembur air.”
“Berapa banyak dah air liur terpercik kat depan tu.”
Tak dinafikan chemistery di antara Datuk Seri Aliff Syukri, Bella Astillah dan Ammar Ahyan membuatkan ramai (termasuklah MURAI) melihat video iklan tersebut berulang-ulang kali.
Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
You must be logged in to post a comment.