Deschamps teruja pertembungan Mbappe-Haaland di Piala Dunia
Deschamps teruja pertembungan Mbappe-Haaland di Piala Dunia
PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps. FOTO Agensi
Washington: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps tidak sabar menyaksikan pertembungan antara Kylian Mbappe dan Erling Haaland selepas pasukannya Perancis diundi dalam kumpulan yang sama dengan Norway pada Piala Dunia 2026.
“Ia akan menjadi satu ‘duel’ yang hebat,” kata Deschamps kepada wartawan di Washington, di mana Perancis dan Norway diundi bersama Senegal dalam Kumpulan I yang dianggap cukup mencabar.
“Kedua-dua pasukan memiliki ramai pemain bertaraf bintang, namun sudah tentu Kylian dan Haaland adalah dua pemain yang dikenali di seluruh dunia dan mereka juga antara calon untuk merebut gelaran penjaring terbanyak,” katanya.
Mbappe merekodkan 30 gol dalam 24 perlawanan bersama Real Madrid dan Perancis sejak musim ini bermula, manakala Haaland meledak 33 gol dalam 24 aksi bersama Manchester City dan Norway.
Haaland dianggap tonggak utama Norway dan sentuhannya membantu negaranya menjuarai kumpulan kelayakan mereka untuk mengatasi Itali, sekali gus memastikan penampilan pertama di pusingan akhir Piala Dunia sejak 1998.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
Perancis pula akan memburu gelaran Piala Dunia ketiga selepas tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti pada final 2022 di Qatar.
Pertemuan dengan Senegal mengimbau kembali memori 2002, ketika Perancis hadir ke Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan sebagai juara bertahan namun tewas kepada pasukan Afrika Barat itu pada perlawanan pembukaan, sebelum tersingkir di peringkat kumpulan.
“Setiap Piala Dunia mempunyai ceritanya sendiri dan kami perlu memastikan edisi kali ini menjadi seindah mungkin,” kata Deschamps yang akan berundur selepas kejohanan itu, sekali gus menamatkan tempoh 14 tahun menerajui Les Bleus.
Jika Perancis muncul juara kumpulan, mereka akan menentang salah satu pasukan tempat ketiga terbaik di pusingan 32 terbaik. Namun selepas itu, Jerman dijangka menjadi lawan mereka di pusingan 16 terbaik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
“Sudah tentu sebagai Perancis, kami mempunyai status dan jangkaan yang tinggi, namun kami perlu menunjukkan rasa hormat dan rendah diri sejak awal.
“Sebelum memikirkan apa yang ada di puncak gunung, kami perlu mendaki langkah demi langkah, dan langkah pertama itu yang paling sukar,” katanya.
Deschamps teruja pertembungan Mbappe-Haaland di Piala Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
- Belanjawan Negeri Pahang: Tujuh Teras Utama, Selaras Aspirasi Pahang 1st
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang
You must be logged in to post a comment.