Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang

Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang

Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang

MELAKA, 5 Nov –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin, melahirkan rasa terharu dan berbangga apabila kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan baharu Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Udang yang dibentangkan dalam Bajet Melaka 2026 hari ini.

Menurut beliau, kelulusan tersebut amat bermakna kerana ia merupakan antara perkara yang telah beliau perjuangkan sejak menjadi Penyelaras DUN Sungai Udang.

“Saya amat tersentuh apabila perkara yang saya perjuangkan turut diberikan perhatian dan akhirnya diluluskan. Saya juga berbangga kerana dapat menyokong usul penting ini,” katanya.

Rais, yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, menyifatkan Bajet Melaka 2026 sebagai lembaran baharu buat pembangunan negeri, bukan sekadar pembentangan angka tetapi hala tuju masa depan lebih cerah untuk rakyat.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan kemudahan pendidikan Islam merupakan keperluan mendesak bagi memastikan anak-anak dapat belajar dalam persekitaran yang selesa, kondusif dan berkualiti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


Dalam masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, atas komitmen serta kelulusan perbelanjaan pembangunan tersebut.

“Ini satu langkah yang sangat bermakna dalam usaha memperkukuhkan pendidikan agama Islam di Melaka,” katanya.

Selanjutnya, Rais turut berharap agar Kerajaan Negeri Melaka terus maju dengan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan.

Persidangan hari ini merupakan Hari Pertama Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh. – UMNO Online

Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker