Ancelotti akui Brazil hadapi kumpulan ‘sukar’ bersama Maghribi di Piala Dunia

Ancelotti akui Brazil hadapi kumpulan ‘sukar’ bersama Maghribi di Piala Dunia

Ancelotti akui Brazil hadapi kumpulan 'sukar' bersama Maghribi di Piala Dunia
JURULATIH Brazil, Carlo Ancelotti (kanan). FOTO Agensi

Washington: Jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya berdepan kumpulan “sukar” selepas diundi bersama pasukan yang membuat kejutan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 lalu, Maghribi dalam undian Piala Dunia 2026.

Juara dunia lima kali itu diletakkan dalam Kumpulan C bersama Scotland yang beraksi di Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun serta Haiti, yang hanya pernah layak pada 1974.

“Maghribi sangat baik pada Piala Dunia lalu di Qatar,” kata Ancelotti kepada stesen televisyen Brazil, Sportv.

“Scotland pula sebuah pasukan yang kukuh, sangat kukuh… (ia akan) cukup sukar,” tambah jurulatih dari Itali itu.

Brazil akan membuka kempen mereka menentang Maghribi pada 13 Jun, sebelum bertemu Haiti enam hari kemudian dan melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Scotland pada 24 Jun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


“Kami perlu membuat persiapan rapi dan cuba memenangi kumpulan,” kata Ancelotti.

Brazil dilihat jauh dari prestasi terbaik sejak Piala Dunia lalu dan kini sudah memasuki era jurulatih keempat sejak itu.

Pada Mac lalu mereka mengalami kekalahan memalukan 4-1 kepada juara dunia, Argentina, dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Brazil pernah bertemu Scotland dan Maghribi pada peringkat kumpulan Piala Dunia 1998, dan mereka mara ke final sebelum tewas 3-0 kepada tuan rumah, Perancis.

Ketika itu mereka menewaskan Maghribi 3-0 dan Scotland 2-1.

Enam tahun selepas itu, Brazil beraksi dalam perlawanan bersejarah di Port-au-Prince dengan menewaskan tuan rumah, Haiti, 6-0 dibarisi nama besar seperti Ronaldo dan Ronaldinho.

Ancelotti akui Brazil hadapi kumpulan ‘sukar’ bersama Maghribi di Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker