Akauntan wanita kena tipu hampir RM1 juta

Akauntan wanita kena tipu hampir RM1 juta

Akauntan wanita kena tipu hampir RM1 juta
Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang akauntan wanita ‘berputih mata’ apabila kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata mangsa berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus dan membuat 35 transaksi ke empat akaun bank tempatan antara 2 Oktober hingga 11 November lalu.

“Mangsa turut dimaklumkan bahawa keuntungan akan dipaparkan dalam aplikasi pelaburan RGFO Maxx dan semakan mangsa mendapati kononnya jumlah keuntungan mencecah RM5.43 juta.

“Bagaimanapun, apabila cuba membuat pengeluaran, akaun aplikasi itu didapati disekat dan mangsa akhirnya menyedari dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Akauntan wanita kena tipu hampir RM1 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bajet Melaka 2026 : Rais Yasin Terharu Kelulusan SRA Sungai Udang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker