AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan
Jabatan Peguam Negara Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.

AGC hari ini memaklumkan ia bagi membolehkan kes dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian pemandu lori terbabit.

Menurut kenyataan itu, laporan penuh siasatan dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat.

“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut AGC.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung kes kematian dalam tahanan di negara ini. – BERNAMA

AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker