2 beradik dari Klang maut nahas di Seremban, tak sempat hadir kenduri di Melaka

2 beradik dari Klang maut nahas di Seremban, tak sempat hadir kenduri di Melaka

2 beradik dari Klang maut nahas di Seremban, tak sempat hadir kenduri di Melaka
Lokasi nahas mengorbankan dua beradik di Kilometer 266.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Seremban, pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

SEREMBAN: Hasrat dua beradik untuk menghadiri kenduri kahwin tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 266.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini pagi tadi.

Muhammad Aidil Danial Mohamad Fitri, 22, dan adiknya, Muhammad Nabil Akmal, 18 yang bekerja sebagai operator kilang dikatakan mahu ke kenduri perkahwinan saudara mara mereka sebelum terbabas sendiri dalam nahas kira-kira jam 7.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata dua beradik berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha NVX dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Melaka.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 22 tahun, manakala pembonceng berusia 18 tahun. Apabila sampai di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya.

“Kedua-dua mereka terjatuh ke atas jalan dan kawasan rumput di sebelah kiri lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Akibatnya, penunggang dan pembonceng mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan polis menjalankan siasatan kemalangan berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

2 beradik dari Klang maut nahas di Seremban, tak sempat hadir kenduri di Melaka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tiga Tahun Memegang Amanah, Tekad Ahmad Zahid Mengupaya Desa Menjulang Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker