Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ahli Parlimen, Tenggara Manndzri Nasib mencadangkan penubuhan Pusat Data Biometrik Nasional sebagai langkah penyelarasan maklumat antara agensi kerajaan.
Beliau berkata, inisiatif itu penting bagi mengelakkan pertindihan sistem serta meningkatkan kecekapan dalam pengesanan penjenayah.
“Ketika ini, data biometrik seperti cap jari dan foto wajah disimpan dalam pelbagai sistem aplikasi yang tidak seragam, ia berdepan risiko curi data pencerobohan siber yang kini semakin meningkat.
“Tenggara berharap kerajaan mempertimbang penubuhan Pusat Data Biometrik Nasional bagi selaraskan data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen dan Polis Diraja Malaysia. Bertujuan elak pertindihan sistem dan memudahkan pengesanan penjenayah rentas sempadan,” katanya.
Manndzri berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pasport (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
Dalam pada itu beliau turut meluahkan kebimbangan berkenaan pemalsuan penyalahgunaan pasport apabila statistik Interpol menunjukkan peningkatan penggunaan pasport palsu di rantau Asia Tenggara.
Katanya lagi, menerusi laporan media juga sindiket menghasilkan 50 hingga 100 pasport palsu sehari dan dijual pada harga RM100 hingga RM150, manakala pasport palsu yang diubahsuai dengan kos RM1,000 hingga RM1,500.
“Kita minta kerajaan nyatakan statistik terkini kes pemalsuan pasport kenakan hukuman lebih berat terhadap pemalsuan pasport, sindiket penyeludupan manusia dan penggunaan dokumen perjalanan palsu yang mampu jejas imej keselamatan negara.
“Tenggara yakin kerajaan telah gandakan langkah penguatkuasaan namun isu pemalsuan pasport merupakan ancaman serius.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
“Pindaan ini pastinya memperkukuh pengenalan kepada pasport biometrik dan sekuriti lebih ketat adalah perlu dalam usaha perkukuh sekuriti dokumen untuk kekal berdaya saing memudahkan rakyat menggunakan identiti digital selamat semasa perjalanan antarabangsa selari dengan usaha Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” ujar beliau. – UMNO Online
Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
You must be logged in to post a comment.