Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid

Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid

Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga tahun lalu beliau melangkah masuk ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan satu tekad bahawa desa mesti dimajukan, rakyat luar bandar mesti diangkat dan kementerian ini harus menjadi nadi kemakmuran negara.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO bersyukur apabila melihat satu perjalanan yang luar biasa di mana KKDW bukan sekadar melaksanakan projek, tetapi berjaya membina ekosistem kehidupan yang mengubah wajah desa dan membawa makna kepada jutaan rakyat.

“Sepanjang tiga tahun ini, keyakinan negara terhadap KKDW semakin kukuh. Peruntukan meningkat saban tahun daripada RM11.04 bilion kepada RM12.04 bilion tahun hadapan. Ini merupakan satu pengiktirafan besar bahawa pembangunan desa kini berada di landasan strategik yang tepat.

“Dengan 42 ‘Game Changers’ (pencetus perubahan) yang telah mencapai pelaksanaan melebihi 95 peratus, serta 7,000 usahawan baharu yang berjaya dilahirkan dengan nilai jualan mencecah RM1.77 bilion, kadar kebolehpasaran graduan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) KKDW pula terus cemerlang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman


Seterusnya ujar Ahmad Zahid, dalam masa yang sama,agenda pembangunan infrastruktur dan perumahan turut menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila lebih 10,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) telah dibina dan dibaik pulih, 310km Jalan Perhubungan Desa serta 157km Jalan Luar Bandar berjaya disiapkan, selain pembekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada ribuan rumah di seluruh negara.

“Semua kejayaan ini hadir daripada kerja keras seluruh warga KKDW, daripada pegawai di ibu pejabat hingga petugas lapangan di pedalaman. Kalianlah tulang belakang transformasi ini.

“Terima kasih atas segala keringat dan pengorbanan. Moga Allah SWT terus memberkati perjalanan ini dan memberi kekuatan untuk kita terus berkhidmat dengan tekad yang utuh,” katanya. – UMNO ONLINE

Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker