Simbah air panas elak kekasih dipikat lelaki lain
Simbah air panas elak kekasih dipikat lelaki lain

SEOUL – Seorang lelaki Korea Selatan yang cemburu didakwa menyimbah air panas pada muka teman wanitanya dari Thailand dalam percubaan untuk mencacatkan mangsa supaya dia tidak dapat mencari kekasih lain, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Mangsa memuat naik hantaran di sebuah kumpulan Facebook rakyat Thailand di Korea Selatan semalam.
Wanita tersebut berbuat demikian untuk mencari perkhidmatan jurubahasa percuma selepas disimbah air panas oleh teman lelakinya ketika dia sedang tidur.
Wanita itu berkata, dia memerlukan bantuan untuk berkomunikasi dengan polis tempatan bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.
Seorang jurubahasa Thailand kemudian tampil untuk membantunya.
Jurubahasa tersebut membantu menterjemahkan keterangannya kepada polis dan turut menghubungi sebuah agensi guaman untuk menyokong wanita itu meneruskan proses undang-undang sewajarnya.
Dalam kejadian itu, selepas disimbah air panas, lelaki itu kemudian memohon maaf dan membawanya ke hospital.
Penyerang kemudian mengaku kepada mangsa bahawa dia mahu membuatkan wajah wanita tersebut kelihatan hodoh supaya dia tidak dapat meninggalkannya untuk mencari lelaki lain.
Dia merayu agar wanita itu memaafkannya dan terus berada dalam hubungan tersebut, sambil berjanji untuk menjaganya.
Namun, wanita itu berkata, dia tidak lagi mahu meneruskan hubungan mereka atau bercakap dengan suspek. – AGENSISimbah air panas elak kekasih dipikat lelaki lain
Simbah air panas elak kekasih dipikat lelaki lain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.