Salah hilang aura, Van Dijk ingatkan tiada ‘kerusi kebal
Salah hilang aura, Van Dijk ingatkan tiada ‘kerusi kebal

Liverpool: Virgil van Dijk memberi peringatan terbuka bahawa tiada pemain di Liverpool, termasuk Mohamed Salah, memiliki ‘kredit tanpa had’ selepas bintang Mesir itu sekali lagi dipinggirkan daripada kesebelasan utama.
Salah, yang tidak pernah duduk di bangku simpanan untuk dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut sejak tiba di Anfield, hanya menyaksikan kemenangan di West Ham dari tepi padang sebelum dimasukkan pada separuh masa kedua ketika seri 1-1 menentang Sunderland, awal pagi tadi.
Namun impaknya tetap hambar dan dia kini tanpa gol dalam lima perlawanan, jauh berbeza daripada ledakan 29 gol musim lalu.
Setakat ini, Salah hanya empat kali meledak musim ini untuk skuad juara bertahan yang terus tenggelam di pertengahan liga.
Bagi Van Dijk, keputusan pengendali Arne Slot ‘memarkir’ Salah harus dibaca sebagai mesej jelas dalam bilik persalinan.
“Memang macam Itu dari dulu. Tak ada ‘kredit tanpa had”. Semua kena beraksi cemerlang,” kata Van Dijk.
“Mo dah bagi banyak untuk kelab, tapi ini keputusan pengurus. Kita semua nak yang terbaik untuk Liverpool. Saya yakin Mo tetap akan jadi bahagian penting dalam apa yang kami kejar.”
Dalam masa sama, kapten The Reds itu memuji aksi Florian Wirtz, yang percubaannya terkena Nordi Mukiele untuk gol penyamaan lewat permainan.
Salah hilang aura, Van Dijk ingatkan tiada ‘kerusi kebal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.