PUMA perkenal jersi ketiga baharu Harimau Malaya
PUMA perkenal jersi ketiga baharu Harimau Malaya

Kuala Lumpur: PUMA Malaysia melalui kerjasama berterusan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan jersi ketiga Harimau Malaya 2025 yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar.
Pelancaran ini melengkapkan rangkaian jersi musim 2025, selepas pengenalan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada awal tahun ini.
“Tema bagi jersi ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.
“Edisi ini turut mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia iaitu keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” kata Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan dalam satu kenyataan.
Rekaan jersi kali ini tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang cukup menonjol, direka dengan potongan regular fit, lengan pendek serta kolar bulat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
Dihiasi logo PUMA Cat pada bahagian dada kanan dan Jalur Gemilang pada bahagian kiri, jersi ketiga itu turut menampilkan teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA, memastikan pemain dapat beraksi pada tahap optimum dengan keselesaan maksimum, sejajar dengan komitmen jenama berkenaan terhadap penghasilan produk sukan yang lestari.
Antara ciri-ciri utama jersi terbaru ini termasuklah reka bentuk diinspirasikan oleh elemen Harimau Malaya, menonjolkan identiti dan sejarah bola sepak negara, serta menjadi lambang perpaduan bagi semua peminat Harimau Malaya.
Ia turut dilengkapi teknologi penyerapan peluh DRYCELL daripada PUMA bagi memastikan pemain dan peminat kekal kering serta selesa, sama ada di atas padang atau di kawasan tempat duduk penonton.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE PUMA, jersi ketiga Harimau Malaya 2025 ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya 95 peratus bahan kitar semula, tanpa menjejaskan kualiti.
Jersi Ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di PUMA.com, Kedai PUMA, serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.
PUMA perkenal jersi ketiga baharu Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.