Norris tak mahu ‘minta sedekah’ gelaran

Norris tak mahu ‘minta sedekah’ gelaran

Norris tak mahu 'minta sedekah' gelaran
NORRIS tenang menjelang perlumbaan penentuan. FOTO AFP

Abu Dhabi: Lando Norris menegaskan dia tidak akan sekali-kali meminta bantuan rakan sepasukannya, Oscar Piastri, semata-mata untuk menjulang kejuaraan dunia Formula Satu pada perlumbaan penutup musim di Yas Marina, Ahad ini.

Norris kini mendahului juara empat kali, Max Verstappen, dengan 12 mata, manakala Piastri empat mata di belakangnya, menjadikan tiga pelumba itu berada dalam perebutan terakhir yang penuh tekanan.

Ketika diasak mengenai kemungkinan situasi Verstappen memimpin, Piastri di tempat ketiga dan dia keempat, kedudukan yang cukup untuk mengangkat Verstappen sebagai juara, pelumba Britain itu tetap berpegang pada prinsip.

“Saya takkan minta. Itu bergantung pada Oscar, bukan saya,” kata Norris yang kelihatan sedikit tegang berbanding Verstappen yang muncul lebih rileks dalam sidang media.

“Kalau terbalik, iya mungkin saya sanggup. Tapi saya takkan minta. Kalau Max menang, tahniah. Hidup saya tak berubah pun.”

Piastri pula mengaku isu itu langsung belum dibincangkan dalam pasukan.

Di satu sudut lain, George Russell sempat bergurau bahawa Piastri patut ‘cabut radio’ agar tidak terdengar sebarang arahan pasukan.

Namun nada Russell nyata tegas: dia tidak percaya mana-mana pelumba perlu mengosongkan posisi untuk mencari gelaran.

“Kalau Max menang, dia layak. Saya sendiri tak mahu menang gelaran sebab rakan sepasukan bagi laluan,” kata Russell.

Bos McLaren, Andrea Stella, enggan mengubah pendekatan mereka, walaupun insiden strategi di Qatar minggu lalu menafikan peluang kemenangan Piastri dan podium buat Norris.

Namun beliau memberi bayangan akan ada perbincangan dalaman.

Apa yang pasti, McLaren yang sudah mengesahkan gelaran konstruktor, mahu melengkapkan musim sempurna, kedua-dua gelaran, buat kali pertama sejak 1998.

Norris tak mahu ‘minta sedekah’ gelaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker