Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

SAYA ada terbaca satu posting facebook yang dikeluarkan oleh Pengarah Strategi DPPN PAS Perak berkenaan kritikan beliau kepada YAB Menteri Besar Perak sempena Sidang DUN Perak baru-baru ini,

Yang pertamanya terima kasih atas pandangan yang dilontarkan walaupun sarat dengan tuduhan dan putarbelit fakta serta bersifat defensif kepada politik kepartian, walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diperjelaskan agar masyarakat tidak disajikan maklumat yang tidak tepat & memesongkan fikiran dan persepsi.

1. Kritikan diambil serius, bukan ditakuti
Kerajaan negeri sentiasa menerima pandangan daripada semua ADUN, termasuk pembangkang. Namun, perbezaan harus dibuat dengan kritikan membina dan bukannya menyalurkan maklumat yang tidak tepat sehingga menjurus kepada fitnah. Menegur penggunaan istilah yang tidak sesuai bukanlah “overkill”, tetapi usaha memastikan perbahasan dalam Dewan berjalan secara berhemah dan menghormati institusi kerana Dewan adalah tempat untuk berdiskusi tentang dasar dan polisi serta kebaikan dan manfaat kepada rakyat bukan cacian, makian yang boleh memberi contoh tidak baik pada masyarakat yang menonton.

2. Surplus tiga tahun berturut-turut bukan perkara kecil
Jika ada perkara yang patut diraikan bersama, ia adalah kejayaan pengurusan kewangan negeri. Menguruskan bajet dengan berdisiplin sehingga mencapai lebihan selama tiga tahun berturut-turut bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan & boleh di kecil-kecilkan. Ia hasil kerja kolektif termasuk Ex-Officio, EXCO, agensi dan pentadbiran negeri, bukan bukti “ketakutan” kepada sesiapa atau mana-mana pihak berkepentingan.

3. Menghargai peranan semua ADUN, tetapi perbandingan individu tidak wajar
Usaha mana-mana ADUN yang rajin turun padang memang patut dihargai. Namun menjadikan ia bahan perbandingan untuk merendah-rendahkan pemimpin lain hanya akan menggalakkan politik emosi, bukan politik fakta. Fokus sepatutnya pada penyelesaian dasar dan keberkesanan polisi, bukan siapa panjat bumbung atau siapa lebih kerap turun membuat kerja fizikal walaupun suka diingatkan, setiap ADUN dalam kerajaan juga ada cara mereka tersendiri untuk menyantuni masyarakat di kawasan masing² yang di lihat amat mesra rakyat.

4. Isu peruntukan: dasar yang sama diamalkan di banyak negeri
Pembahagian peruntukan mengikut blok kerajaan – pembangkang bukan perkara baru. Ia berlaku di peringkat negeri dan pusat di bawah pelbagai kerajaan. Walaupun pembangkang menerima peruntukan melalui saluran berlainan, tanggungjawab mengurus wang rakyat tetap memerlukan ketelusan dan akauntabiliti. Tuduhan “zalim” dan “mengkhianati” tidak membantu perbincangan yang rasional. Hakikatnya, Ini juga berlaku di Negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional seperti di Negeri Kedah & Kelantan.

5. Kerjasama politik pasca PRU ialah mandat rakyat, bukan pengkhianatan
Pembentukan kerajaan selepas PRU berlaku berdasarkan angka, rundingan dan titah perkenan institusi Diraja. Melabel kerjasama politik sebagai “mengkhianati Melayu” adalah naratif yang tidak tepat kerana ada 1001 cerita disebalik tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak hari ini. Hakikatnya, kestabilan dan keberkesanan pentadbiran lebih penting daripada retorik perkauman kerana yang paling utama adalah manfaat setiap inisiatif kerajaan itu dapat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri.

6. Fokus kepada isu rakyat, bukan politik menakut-nakutkan
Isu perumahan B40, banjir dan kemiskinan memang penting dan kerajaan negeri sedang menanganinya secara berfasa. Namun menambah unsur ugutan politik seperti “Allah akan tarik kuasa” atau menuduh pemimpin sebagai “zalim” hanya mengalih perhatian daripada usaha mencari penyelesaian sebenar. Cukup²lah dengan retorik politik dan cuba menegakkan benang yang basah.

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam politik, tetapi ia harus disampaikan dengan fakta, bukan tuduhan kerana kita mahu melahirkan masyarakat yang maju, bukan hanya daripada sudut pembangunan malah maju dari sudut fikiran. Kerajaan negeri komited meneruskan kerja untuk rakyat Perak tanpa perlu terjebak dalam naratif ketakutan atau permainan persepsi. Kritikan dialu-alukan, tetapi biarlah ia konstruktif, beradab dan membantu memperbaiki dasar bukan sekadar memburukkan pihak lawan semata-mata.

YUSYAFIZAL MOHD YUSOP
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini

6. Fokus kepada isu rakyat, bukan politik menakut-nakutkan
Isu perumahan B40, banjir dan kemiskinan memang penting dan kerajaan negeri sedang menanganinya secara berfasa. Namun menambah unsur ugutan politik seperti “Allah akan tarik kuasa” atau menuduh pemimpin sebagai “zalim” hanya mengalih perhatian daripada usaha mencari penyelesaian sebenar. Cukup²lah dengan retorik politik dan cuba menegakkan benang yang basah.

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam politik, tetapi ia harus disampaikan dengan fakta, bukan tuduhan kerana kita mahu melahirkan masyarakat yang maju, bukan hanya daripada sudut pembangunan malah maju dari sudut fikiran. Kerajaan negeri komited meneruskan kerja untuk rakyat Perak tanpa perlu terjebak dalam naratif ketakutan atau permainan persepsi. Kritikan dialu-alukan, tetapi biarlah ia konstruktif, beradab dan membantu memperbaiki dasar bukan sekadar memburukkan pihak lawan semata-mata.

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

YUSYAFIZAL MOHD YUSOP
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker