Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak

Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak

Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak

KOTA ISKANDAR, 4 Dis – Kerajaan Negeri Johor menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 oleh Dewan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin, berkata ia satu langkah penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua golongan berusia 18 tahun ke bawah.

“RUU ini bukan sahaja mengukuhkan usaha pencegahan dan pengurusan kes buli di sekolah, malah turut meliputi institusi lain yang ditetapkan.

“Demi memastikan anak-anak kita terus dibesarkan dalam persekitaran yang selamat, dihormati dan dilindungi. Ini adalah komitmen bersama demi masa depan Johor yang lebih sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seterusnya, Aznan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat menyeru seluruh Bangsa Johor termasuklah ibu bapa, guru, komuniti setempat dan masyarakat secara keseluruhan untuk terus berganding bahu membanteras budaya buli di mana-mana sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman


“Setiap sekolah di Johor mesti menjadi tempat yang paling selamat, harmoni dan kondusif untuk anak-anak menimba ilmu serta membina karakter.

“Keselamatan mereka adalah amanah bersama, dan dengan sokongan padu rakyat Johor, kita mampu melahirkan generasi yang lebih berani, berakhlak tinggi dan berdaya saing demi kemajuan negeri yang kita cintai,” tambahnya.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Antibuli 2025, satu inisiatif perundangan komprehensif ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan bebas daripada budaya buli.

RUU tersebut antara lain memperkenalkan mekanisme khusus untuk menerima aduan, mencegah serta menguruskan insiden buli di institusi pendidikan dan institusi lain yang ditetapkan.

Melalui rang undang-undang itu, sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai badan berbidang kuasa sivil bagi mendengar dan memutuskan aduan berkaitan kes buli, sekali gus menyediakan laluan penyelesaian yang lebih cepat, adil dan berstruktur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan berkata buat permulaan, pelaksanaan RUU tersebut akan terpakai kepada golongan berusia 18 tahun ke bawah.

Azalina berkata menerusi RUU itu, tribunal boleh mengeluarkan perintah terhadap responden, atau bagi responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar pampasan atau ganti rugi sehingga RM250,000 bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami mangsa akibat buli. – UMNO ONLINE

Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker