JDT cemas sebelum bangkit di Kemboja

JDT cemas sebelum bangkit di Kemboja

JDT cemas sebelum bangkit di Kemboja
JDT kini hanya satu mata di depan pencabar terdekat dari Vietnam, Thep Xanh Nam Ding. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir menerima kejutan pada aksi ketiga Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 apabila terikat 2-2 menentang PKR Svay Rieng di Morodok Techo National Stadium, sebentar tadi.

Kedua-dua jaringan penyamaan JDT hadir pada masa kecederaan, menandakan detik penuh mencabar bagi pengendali Xisco Munoz.

JDT menurunkan pemain seperti Mohamadou Sumareh, Moussa Sidibe dan Samu Castillejo, namun corak permainan agak kucar-kacir sehingga membolehkan tuan rumah mengeksploitasi kelemahan itu.

Cristian Roque membuka jaringan untuk Svay Rieng pada minit ke-30 melalui rembatan dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.

Tujuh minit kemudian, Nhean Sosidan menggandakan kedudukan selepas menerima hantaran lincah Kwame Peprah, menambah tekanan ke atas JDT yang ketinggalan 2-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


Munoz kemudian memasukkan Heberty, Nacho Mendez, Natxo Insa dan Matthew Davies bagi membangkitkan pasukannya.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil pada masa kecederaan apabila Shane Lowry merapatkan defisit pada minit ke-92 sebelum Le Vere Corbin Ong menyempurnakan penyamaan empat minit kemudian.

Dengan keputusan seri itu, JDT kini hanya satu mata di depan pencabar terdekat dari Vietnam, Thep Xanh Nam Ding, menjadikan setiap aksi seterusnya kritikal untuk mara ke pusingan berikutnya.

JDT cemas sebelum bangkit di Kemboja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker