Dua gol Brooker bantu Afrika Selatan tewaskan Malaysia 3-1

Dua gol Brooker bantu Afrika Selatan tewaskan Malaysia 3-1

Dua gol Brooker bantu Afrika Selatan tewaskan Malaysia 3-1
SKUAD Young Tigers gagal mara ke suku akhir. FOTO Ihsan Persekutuan Hoki Antarabangsa

Kuala Lumpur: Dua jaringan Jaydon Brooker memastikan Afrika Selatan menumpaskan skuad hoki lelaki remaja kebangsaan 3-1 dalam perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16 pada Piala Dunia Remaja 2025 di Chennai, India, hari ini.

Gol-gol Brooker hadir hasil penyudah bijak daripada situasi pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-18 dan ke-39 perlawanan di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan.

Malaysia merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Aqil Danial Mat Ruslee pada minit ke-49, namun Ross Montgomery menoktahkan kemenangan Afrika Selatan dengan jaringan daripada situasi sama dua minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia akan bersaing dalam perlawanan penentuan klasifikasi ke-13 hingga ke-16 menentang sama ada Switzerland atau Ireland.

Sebelum ini, skuad Young Tigers gagal mara ke suku akhir selepas menamatkan kempen Kumpulan E di tempat ketiga dengan tiga mata.

Anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin memulakan kempen dengan kemenangan 5-1 ke atas Austria pada Sabtu, namun tewas 0-6 kepada Belanda pada Ahad dan 1-3 kepada England pada Selasa.

Dua gol Brooker bantu Afrika Selatan tewaskan Malaysia 3-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker