Amelia bersinar, bukti program NJDP kian ‘menjadi’
Amelia bersinar, bukti program NJDP kian ‘menjadi’

Kuala Lumpur: Bukan calang-calang. Kejayaan Amelia Lee menjuarai Terbuka Amatur Royal Perak ke-67 bukan saja menambah satu lagi trofi dalam rak peribadinya, malah mengukuhkan status Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) di bawah Persatuan Golf Malaysia (MGA) sebagai ‘kilang’ melahirkan bakat muda elit negara.
Amelia tampil cukup meyakinkan dengan catatan 70, 70 dan 74 untuk jumlah dua di bawah par, skor yang mempamerkan ketenangan, keberanian membuat keputusan serta kematangan permainan yang semakin matang dari hari ke hari.
Lebih manis, rakan sepelatihnya dalam NJDP, Siti Nur Husna Aina Karim, pula menamatkan saingan di tempat kedua, menjadikan podium dibolot sepenuhnya anak-anak NJDP.
Dua pemain muda ini bukan sekadar tunjukkan potensi, tetapi membuktikan mereka sudah bersedia mencabar kelompok senior.
Perjalanan Amelia juga bukan biasa-biasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
Sentuhan bimbingan jurulatih, latihan rapi serta sokongan sistematik program itu jelas mengubahnya daripada bakat tidak dikenali kepada juara nasial.
Jawatankuasa NJDP 2025 menyifatkan kejayaan podium berganda itu sebagai penutup tirai paling manis buat tahun ini, sekali gus mengesahkan hala tuju pembangunan mereka berada di landasan tepat.
Kemenangan Amelia dan Siti Nur Husna Aina ini menjadi gambaran jelas komitmen NJDP melahirkan generasi baharu pemain golf berkualiti tinggi untuk Malaysia.
Amelia bersinar, bukti program NJDP kian ‘menjadi’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.