Zahnita Wilson Kongsi Hasil Solekan Alha Alfa [VIDEO]

Curi Perhatian Netizen

Zahnita Wilson Kongsi Hasil Solekan Alha Alfa [VIDEO]

Zahnita Wilson Kongsi Hasil Solekan Alha Alfa [VIDEO]

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson menerusi video di Instagram, memaparkan keadaan wajahnyanya yang sangat anggun selepas disolek oleh jurumekap terkenal, Dato’ Alha Alfa.

“Hmm, mak masuk dapur la dulu ye. Thank you for having me, Alha Alfa.”-kapsyen Zahnita di Instagram

“Terus Nampak Model International Balik Muka..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpukau melihat penampilan model terkenal ini, malah ada yang berkongsi rasa sebak melihat reaksi Zahnita yang menahan diri daripada mengalirkan air mata setelah disolek oleh Alha Alfa.

“Dia menangis, mesti perasaannya masyaAllah cantiknya aku rupanya. Betapa banyak masa tidak aku luangkan buat diriku. Betapa diriku begitu banyak masa mendahulukan orang lain begitu. Ooh by the way dia sentiasa cantik walau tanpa mekap. Beautiful as she are.”

“Sebak tengok awak sis yang dulunya charming tapi diragut daripada tangan yang tak layak dan sekarang bersinar kembali. Terharunya 😭😭.”

“Macam muka zaman muda dulu laa, yang dalam citer Gila-Gila Pengantin Remaja tu, serius la lawa.”

“Dia terharu 😍😍 moga yang baik-baik untuk kamu dik.”

“Wanita akan cantik bila dia rasa bahagia dari pelbagai cara, kerana itu hargai hati wanita.”

“Terus nampak model international balik muka, tak nampak cengkung memang lawa lah.”

Nama Zahnita Wilson sebelum ini menjadi bualan ramai selepas membuat pendedahan mengejutkan mengenai dirinya yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika menjadi isteri kepada Abdul Zackery Ghouse selama 20 tahun sejak 2005.

Mereka turut dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…

Zahnita Wilson Kongsi Hasil Solekan Alha Alfa [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker