Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport [VIDEO]

Tapi Rupanya Ada Plot Twist

Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport [VIDEO]

Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport [VIDEO]

Gelagat Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi perhatian di TikTok selepas Che Ta berkongsi momen comel ketika berada di lapangan terbang.

Walaupun ringkas, telatah spontan dua beranak ini tetap berjaya mencuri tumpuan dan menghiburkan ramai netizen.

Gaya Airport Yang All Out

Dalam video tersebut, Aaisyah tampil dengan gaya airport outfit bak selebriti K-Pop lengkap dengan jaket varsity bersaiz besar, seluar jogger hitam serta ankle boot yang meberikan sentuhan edgy.

Kombinasi warna neutral dengan sedikit permainan warna menjadikan gaya ini nampak segar dan trendy. Malah, ramai menyamakan vibe ini dengan selebriti K-Pop, Danielle dari NewJeans.

“Sebijik danielle new jeans wehh😭”
“Danielle newjeans😍😍”
“Aisyah kena jumpa kembar dia danielle new jeans”

@ajahdhsmsxk/TikTok
@hanmisshan/TikTok
@shasthings/TikTok

Gaya rambut yang dibiarkan lepas dan tanpa aksesori berlebihan pula menambakan aura santai tetapi tetap chic, seakan gaya remaja urban yang tak perlu cuba terlalu keras untuk kelihatan bergaya.

“Bukan Nak Naik Flight Pun..” – Plot Twist Yang Mencuri Tumpuan

Apa yang lebih mencuit hati adalah kapsyen dan dialog Che Ta sendiri. Menurutnya, Aaisyah bukan pun hendak menaiki pesawat. Sebaiknya, dia hanya mengenakan airport outfit semata-mata kerana mahu menjemput abangnya yang baru pulang dari penerbangan.

“Airport outfit. Ni bukan nak pergi naik flight, Ya Allah. Cuma nak jemput abang dia balik daripada flight je.” seloroh Che Ta.

Reaksi bersahaja itu membuatkan ramai netizen terhibur, terutama apabila Aaisyah kelihatan sangat yakin dengan penampilannya walaupun hanya sekadar untuk menjemput abangnya di lapangan terbang.

@rozitachewan1

Airport outfit katanya . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #zara #airportoutfit

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Netizen Terhibur Dengan Telatah Dua Beranak Ini

Ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa dan pujian terhadap gaya adorable Aaisyah. Ramai mengakui mereka terhibur dengan commitment Aaisyah dalam bergaya.

Walaupun hanya sebuah video pendek, kemunculan Aaisyah dengan gaya airport outfit lengkap berserta plot twist daripada Che Ta sudah cukup untuk menceriakan hari warganet.

Antara fesyen, humor dan personaliti, gabungan ini sekali lagi membuktikan mengapa Che Ta dan anak perempuannya sering menjadi perhatian di media sosial.

Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker