Polis nafi salah guna kuasa, suspek kes kegiatan songsang ditahan lebih 24 jam

Polis nafi salah guna kuasa, suspek kes kegiatan songsang ditahan lebih 24 jam

Polis nafi salah guna kuasa, suspek kes kegiatan songsang ditahan lebih 24 jam
Pasukan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan serbuan di sebuah pusat kesihatan yang dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di Chow Kit minggu lalu. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan tiada isu salah guna kuasa dan suspek ditahan lebih 24 jam dalam serbuan ke atas sebuah kelab kesihatan yang disyaki menjalankan kegiatan songsang di Jalan Raja Laut di sini, 28 November lalu.

Polis nafi salah guna kuasa, suspek kes kegiatan songsang ditahan lebih 24 jam
Fadil memaklumkan jumlah tangkapan kes sauna songsang yang ramai dan pelbagai proses dokumentasi termasuk permohonan reman menyebabkan proses mengambil masa dan berlarutan sehingga keesokannya. – Foto BERNAMA

Fadil berkata, jumlah tangkapan yang ramai dan pelbagai proses dokumentasi termasuk permohonan reman menyebabkan proses mengambil masa dan berlarutan sehingga keesokannya.

Jelas beliau, serbuan dan penahanan 208 individu dibuat pada jam 8 malam, 28 November dan semua tahanan diproses di lokasi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan susulan.

“Laporan tangkapan disiapkan sekitar jam 12 tengah hari keesokannya sebelum permohonan reman dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan menerusi sistem.

“Permohonan reman melalui sistem dimulakan pada jam 1.30 tengah hari dan proses itu mengambil masa tiga jam setengah untuk dimasukkan sepenuhnya,

“Permohonan berkenaan kemudian dibawa ke hadapan majistret pada jam 6 petang dan tempoh itu masih dalam lingkungan 24 jam sejak tangkapan dibuat,” katanya pada sidang media selepas Program Pemantapan Polis Kuala Lumpur – Merentasi Cabaran Memacu Kesejahteraan Siri 3/2025 ( Unity For Safety) di HGH Convention Centre di sini, hari ini.​


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Fadil berkata, jumlah tangkapan seramai 208 orang serta kehadiran 14 peguam menyebabkan proses pendengaran reman mengambil masa sehingga lewat malam.

Jelas beliau, individu yang tidak direman tidak boleh dilepaskan serta merta kerana proses pemprofilan, panggilan penjamin dan pelepasan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kita ada baki lebih kurang dua jam daripada tempoh 24 jam selepas tangkapan. Kami lepaskan mereka di bawah jaminan polis selepas semua proses selesai. Jadi dakwaan mengatakan polis menahan lebih 24 jam adalah tidak benar,” katanya.

Mengulas dakwaan wujudnya layanan dua darjat terhadap individu yang ditahan dalam operasi itu, Fadil berkata semua tangkapan diproses mengikut kategori kesalahan masing-masing dan tiada layanan berbeza diberikan kepada mana-mana individu.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan polis ketika operasi itu menyekat kebebasan atau menjejaskan hak individu seperti dibangkitkan beberapa pertubuhan hak asasi, Fadil berkata;


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Polis melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai kuasa undang-undang mengikut peruntukan Perlembagaan dan peraturan sedia ada. Keutamaan kami ialah menjaga keselamatan awam dan isu menafikan hak individu tidak timbul”.

Dalam pada itu, Fadil menegaskan polis tidak pernah mendedahkan identiti individu yang ditahan dan hanya berkongsi maklumat secara umum berkaitan kategori tangkapan.

Menurutnya, siasatan kekal eksklusif dan sebarang kebocoran maklumat peribadi bukan datang daripada polis.

“Kita tidak dedahkan identiti mana-mana individu dalam siasatan, kalau ada kebocoran maklumat, saya tidak mahu ulas mengenai perkara itu. Siasatan berjalan seperti biasa,” katanya.

Fadil berkata, siasatan Op Songsang masih berjalan dan semua maklumat risikan sedang dikumpulkan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Menurutnya, pertuduhan akan dibuat jika siasatan melengkapkan keterangan yang diperlukan.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak polis berkait serbuan itu dan menyifatkan serbuan itu sebagai tindakan sembrono serta mencabuli hak asasi, selain mendakwa berlaku diskriminasi dan intimidasi.

Dalam serbuan itu, 201 lelaki berusia antara 19 hingga 60 tahun dengan 17 daripada mereka adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.

Polis nafi salah guna kuasa, suspek kes kegiatan songsang ditahan lebih 24 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker