Pasangan suami isteri lemas selepas kereta terjunam ke sungai
Pasangan suami isteri lemas selepas kereta terjunam ke sungai

ROMPIN: Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Sungai Rompin di Kampung Ayau di sini semalam, ditemukan lemas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber, berkata jasad pasangan Mohd Zairil Bidin, 40, dan isterinya, Aisyah Shafie, 55, ditemui jam 3 petang tadi, selepas kereta dinaiki didaratkan ke tebing sungai.
Kenderaan terbabit ditemui jam 11 pagi di dasar Sungai Rompin, kira-kira 60 meter dari lokasi dilaporkan terjunam.
“Kenderaan ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia (JBPM) ketika melakukan selam skuba antara lapan hingga 10 meter.
“Selepas diangkat dengan kren, jasad pasangan suami isteri itu ditemukan dalam kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, Mohd Zairil dan Aisyah dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki terjunam ke Sungai Rompin.

Mangsa yang berasal dari Keratong, Muadzam Shah, dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Sarang Tiong, di Teluk Gading, di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat dan punca kemalangan masih disiasat.
Pasangan suami isteri lemas selepas kereta terjunam ke sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
You must be logged in to post a comment.